Kad Mesra PETRONAS
Dalam entri kali ini saya akan berkongsi informasi bagaimana untuk menebus kad mata ganjaran PETRONAS yang selama ini anda hanya mengumpul dan tak tebus-tebus, ruginya....
Tak kisahlah anda dapat point tue dengan cara :-
1) Isi minyak kereta sendiri guna duit sendiri dan dapat point hasil daripada transaksi ini
2) Isi minyak kereta company guna duit company dan dapat point hasil daripada transaksi ini
3) Asalkan ada adik beradik, kawan2, nak isi minyak, anda pun hulurkan kad mesra anda untuk dapatkan mata ganjaran
Sebenarnya hasil analisis menggunakan google analytics untuk mengetahu bagaimana mereka dapat tahu blog saya ini, ramai yang mencari cara untuk menebus kad mesra PETRONAS terjumpa pula dengan cara bagaimana kad mata ganjaran berfungsi.Saya pun sebenarnya baru tahu semalam itu pun selepas melalui sebuah stesen minyak PETRONAS di Bidor. Sambil lalu kat situ ada pula banner yang mengatakan boleh tebus mata ganjaran kad mesra di stesen tersebut.
Apa lagi, singgah laar sana sekejap nak juga tahu dok letih kumpul point tapi tak tahu macam mana nak tebus kan.... Saya kurang pasti sama ada adakah semua stesen PETRONAS boleh ditebus atau tidak. Tapi saya akan tunjukkan caranya sebentar lagi.
1. Mula-mula masuk dalam kaunter mintak cashier check berapa point yang kita ada. (Kalau anda selalu isi minyak pakai kad kredit, setiap kali lepas pam minyak ada tertera di resit baki terkini point anda). Oke nak tengok berapa point saya? Cuba tengok gambar bawah nie,
2. Baki terkini kad saya adalah 2,577 mata. Jadi nak baca senang jer. Saya ada RM25.77 yang boleh dibelanjakan. Mudahkan, so saya boleh beli apa sahaja barang yang ada dalam kiosk PETRONAS tersebut, dan kalau nilai belian anda melebihi point, tambah saja dengan wang anda.
3. Jadi saya telah membeli setin air tongkat ali cafe power root (nak drive balik kl, mata mengantuk baru buka puasa), sebotol air mineral petronas 600ml, dan coklat Hazel Nut. Kesemuanya bernilai RM8.90, cashier pun swipe saya punya cara, dan sejumla 890 point telah ditolak. Baki terkini kad saya pula tinggal RM 16.87. Lain kali balik kampung jika singgah situ, boleh tebus lagi. Oke laar tue kan, daripada tak dapat apa2, at least kurang sikit mengantuk bila drive.
4. Dah siap! Senang aje.... Anda bila lagi?
Bukan senang buat duit menggunakan Internet
1. Untuk menjalankan perniagaan di internet anda harus setup kredibiliti terlebih dahulu, sebab di internet kita tak boleh rasa, tak boleh pegang, kita hanya boleh judge siapa penjualnya based on performance sebelum nie sahaja. So kita memerlukan masa yang panjang untuk menjadikan diri kita dipercayai. Lain laar kalau buat kontroversi marketing, spam sana sini, bantai org sana sini, lepas tue mintak maaf jadik baik pun buleh tingkatkan kredibiliti jugak.
2. Ramai dok cerita marketing di internet nie sama ada blog ker ebay ker owner forum dan apa2 shj, adalah automated system yg boleh tinggal dan goyang kaki. Hakikatnya sebelum boleh ‘goyang kaki’ utk dijadikan automated system tue kita perlu bertungkus lumus memastikan kita perlu promosi dan terus promosi sebelum sampai level ‘goyang kaki’ tue. Kita dok syok baca sales letter orang, tapi tiada siapa yang tahu kalau belum pernah buat sales letter, mau seminggu juga nak karang ayat, dah karang edit balik ayat tak sedap, tue belum design lagi. Ada duit lebih sikit boleh laar upah org buat kalau tak, sendiri mau ingat laar main2 dengan photoshop tue.
3. Tak kiralah anda buat affiliate, jual ebook, ebay, adsense atau apa2 shj, jika anda mahu menjana duit daripada internet perlu laah super kreatif. Sbg contoh jika anda nak promote affiliate menggunakan forum siggy. Setakat siggy saja dah tak jalan dah utk tahun nie, 1-2 thn lepas mungkin masih boleh jalan. Oke upgrade pulak dekat siggy tue offer bonus. Setakat bagi 1 bonus pun dah tak jalan dah, kene offer 3-4 bonus mungkin 9 bulan lepas setakat 1 bonus masih boleh jalan. Juga jika jual barang di ebay, kalau 10 tahun dahulu jual barang dengan memberikan 3 line statement specifications sesuatu produk mungkin boleh jalan lagi, tapi sekarang 2 muka surat pun belum tentu lagi boleh laku, penjual perlu sentiasa mengkreatifkan ayat pancing suruh org beli setiap kali listing. Begitu juga nak main flippa. Kalau setakat website tue kaku kejung, 10 tahun dulu mungkin orang dah nampak gempak, tapi sekarang nie perlu bermacam2 plugins yg di install supaya website kita nampak outstanding. Kreativiti dan sentiasa outstanding daripada orang lain sangat penting untuk mendapatkan sesuap nasi di internet sekarang nie.
4. Lagi satu cerita pasal kreativiti nie, pasang iklan di blog, jika blog kita setakat 100 orang visitor sehari, 10 tahun dulu mungkin orang akan klik pada iklan kita. Sekarang nie, dpt 10 klik drp 1000 org visitor sehari pun dah kira bagus, tue belum kira kalau promote barang orang, daripada 10 klik tue agak2 boleh ker kesemua 10 orang tue beli? Dapat sorang pun dah kire bertuah…
5. Nak main jual beli domain? Memang senang…. Senang jika dah buat reasearh potensi berapa ramai yang mencari keyword yg kita nak beli tue. Dah jumpa domain yg best, dah ada org beli pulak, dah rugi beberapa jam. Kene carik domain lain.
6. List is money? Ye ker? Kalau ada 10,000 subscriber sekalipun, jika dok hantar emel promosi jerr hari2, mau nya tak kena balun dengan subscriber? Jadi, strategi perlu sentiasa ditukar, dan idea sentiasa fresh agar subscriber sentiasa menanti2kan untuk membuka emel kita, bukannya mereka menanti2kan bila nak delete emel kita.
7. Potensi kena sakit belakang badan dan sakit mata. Disebabkan nak sentiasa outstanding daripada yang lain2, maka setakat duduk sehari 3 jam mengadap laptop mungkin sudah tak apply. Kene doublekan usaha duduk 8 jam dan kesannya duit yg dapat dari internet tue dihabiskan utk beli kerusi ogawa dan beli spek permata hijrah untuk urut mata.
8. Telinga dah jadik tebal sebab hari2 kene dengar ceramah free. Kalau yg dah kahwin tue, gerenti pernah kene bamboo dengan bini sbb dok ngadap laptop jer, yg masih tinggal dengan ibu bapa, kene bamboo dengan parents, yang bujang pula kene sound dengan kawan2 serumah sebab bil selalu tinggi disebabkan kita
P/S : Post ini diterbitkan untuk menafikan kepada mereka yang berangan nak kaya cepat dengan internet, hakikatnya kehidupan zaman sekarang semakin sengit, persaingan baik online mahupun offline sangat tinggi. Hanya mereka yang betul2 berjiwa kental dan fizikal fit sahaja yang boleh survive dalam dunia zaman sekarang nie….
Tekanan
Secara matematiknya, formula untuk menentukan tekanan = daya/luas permukaan. (Kadar kuantiti tekanan dipengaruhi oleh daya yang diberikan dan juga kekuatan medium untuk menahan tekanan)
Formula tekanan ini sangat perfect di mana apa sahaja tekanan yang wujud semuanya bergantung kepada daya yang diberi dan disokong oleh medium untuk support daya tersebut.
Ianya sangat relevan untuk kehidupan seorang manusia, sama ada dari segi tekanan di tempat kerja, tekanan masalah kewangan, tekanan untuk memajukan bisnes, dan juga tekanan dalam pengurusan diri sendiri. Setiap manusia mempunyai had limitnya tersendiri dalam menahan kadar tekanan yang dihadapi. Ianya akan berlaku dalam keadaan di mana:
Jika daya yang diberikan terlampau tinggi tetapi kadar menahannya rendah maka, tekanan ini akan burst...
Sama macam kita tiup belon. Belon mempunyai ruang kawasan yang terhad, tetapi jika kita berterusan memberi daya tiupan kepada belon tersebut, angin dalam belon akan cuba mencari jalan keluar, apabila ia gagal mencari jalan keluar sedangkan belon tersebut telah mencapai kapasiti penyimpanannya, belon tersebut akan pecah.
Dalam diri manusia juga begitu, daya boleh datang daripada dalam dirinya sendiri dan juga daya luar. Jika dia tidak 'membuang' tekanan tersebut, dikhuatiri ianya akan boleh meletup suatu hari nanti. Kita tidak boleh lihat tekanan tetapi kita boleh rasa tekanan.
Analogi yang sempoi untuk melihat tekanan nie, adalah sama macam kita makan. Bila kita makan dan minum, kita juga harus 'buang' makan dan minum itu melalui pelbagai cara melalui sistem perkumuhan badan. Apa jadi kalau kita makan dan minum tetapi tiada saluran untuk membuang yang berlebihan? Sudah pasti badan kita akan keracunan toksik dek makanan dan minuman tersebut.
Sama juga seperti tekanan, tetapi tekanan ini tidak boleh dibuang seperti proses makan dan minum, lain orang lain cara untuk 'buang' tekanan ini.
Orang yang sihat adalah orang yang boleh ambil tekanan dan boleh buang tekanan tersebut secara sistematik
Orang yang kurang sihat adalah orang yang hanya ambil tekanan tanpa membuangnya secara teratur.
Persoalannya, kenapa ada sesetengah orang tidak boleh membuang tekanan tersebut? Sekarang, ada beberapa faktor kenapa dia tidak boleh membuangnya secara sistematik.
Faktor 1 - dia nak buang, tapi dia takder jalan nak buang
Faktor 2 - dia nak buang, dah ada jalan tapi tiada kekuatan untuk membuang
Faktor 3 - dia tak reti nak buang tapi tahu jalan
Faktor 4 - dia tak reti nak buang dan tak tahu jalan
Akhirnya, jika tekanan itu terus menerus tersimpan dalam dirinya, sampai satu masa dirinya tadi sudah tidak mampu untuk menyimpan tekanan tersebut, lalu dia akan mengalami keracunan tekanan. Maka apabila sudah keracunan tekanan, ianya akan meletup dan terjadilah perbuatan-perbuatan yang akan dilakukan melampaui batas, samalah macam belon tadi yang sudah meletup....
Menjual Barang Di Internet dengan Niaga Kit
Apa pulak Niaga Kit nie?
Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut.... Baca dulu entry post ini sampai habis. (Approximate time 3.5 Minutes to finish). Ada suatu penyelesaian masalah yang akan anda jumpa sepanjang pembacaan entry ini.
Jika anda biasa membeli atau menjual barang di internet, pasti anda tahu tentang ebay, lelong, mudah.my, ataupun forum lowyat.net bukan? Tetapi jika anda biasa membeli atau menjual barangan di platform tersebut, tahukah bahawa anda sebenarnya sedang menumpang di platform orang lain?
Ianya seperti anda menyewa di tapak kedai, dan bila-bila masa sahaja anda boleh 'dihalau' keluar. Tapi kalau berniaga di kedai-kedai atau pasar-pasar, anda mesti mempunyai perjanjian sewa dan beli dengan owner tersebut yang membolehkan anda diberi notis beberapa bulan jika tuan tanah mahu 'meghalau' anda. Sekurang-kurangnya ianya dapat memberi anda sedikit masa untuk mencari tapak baru.
Tetapi jika anda berniaga dengan menggunakan platform-platform yang disebutkan di atas tadi, bolehkah anda mengambil tindakan pada owner website berkenaan jika tiba-tiba sahaja mereka mahu tutup kedai ? Kalau anda mahu ambil tindakan ke atas mereka sekali pun atas dasar apa? Atas perjanjian apa? Sudah lah sesetengah platform tersebut anda boleh menjual barangan tanpa perlu membayar sesen pun, inikan pula mahu saman?
Jika anda adalah seseorang yang hanya suka membeli sahaja, itu tidak memberikan impak yang besar jika salah satu platform tersebut ditutup. Ada beribu-ribu lagi kedai online yang anda boleh pilih untuk membeli barangan anda.
Bagaimana pula jika sumber pendapatan utama anda adalah dengan menjual barangan tersebut 100% di atas platform berkenaan?
Jika anda hanya berniaga part-time sahaja, itu tidak menjadi masalah. Bagaimana pula jika pendapatan utama anda seperti menjual alat sukan, peralatan komputer, handphone, adalah sepenuhnya dari platform berkenaan?
Suatu hari anda bangun dari tidur, anda nak check siapa yang telah beli produk yang anda jual, tiba² keluarlah....
Berderau sekejap rasa, tapi takperlah anda ingat mungkin ada masalah teknikal, petang nanti mungkin oke kot, tapi tak oke jugak. Buka lagi esok, lusa pun tak oke juga. Sampai laah 2 minggu benda di atas ini juga yang keluar....
Habislah, kat mana saya nak jual barang saya lepas nie.... Tp anda cool...
Mungkin akan berfikir untuk buat website atau blog sendiri untuk jual barangan anda.
Nampak mudah bukan?
Yaa memamng mudah ditaip tetapi sukar untuk dilaksanakan. Jika skill anda sebelum ini hanya tahu untuk membuat ayat² gempak untuk tarik pembeli, tahu macam mana nak carik shipping yang murah, tahu bagaimana mahu memikat pembeli tetapi.....
Adakah anda tahu program asas untuk programming? kod html? sistem pengiklanan yang berkesan? kat mana nak carik hosting dan domain (anda tahu ke nak carik hosting dan domain?) untuk membuat kedai online anda yang baru itu?
Memang ada kelas, ada panduan, ada ebook yang anda boleh beli untuk mempelajari semua itu tapi masih terkial-kial nak belajar membuat website sendiri. Berapa lama dah masa yang anda bazir untuk belajar benda-benda baru nie? masa tak tunggu anda. Jam tetap berputar... tapi barang masih belum terjual lagi.... Duit asyik keluar jerr, tak pandai-pandai juga buat website. Itu belum cerita lagi bab pengiklanan yang anda perlukan untuk tarik pembeli baru atau juga nak tarik balik returning customer anda sebelum ini.
Maka, bersedialah dari sekarang sebelum musibah melanda....
Jangan khuatir tentang perniagaan anda, kini ada 'lot kedai' baru untuk anda gunakan di mana anda yang akan mengawalnya 100% tanpa sebarang gangguan atau ancaman website anda akan ditutup. Hanya anda seorang sahaja yang mempunyai kuasa veto untuk menutup kedai online anda tersebut.
Sistem Kedai Online yang diberi nama Niaga Kit.
Alamak.... kena keluar duit laar nie kalau nak suruh orang buat sistem penjualan guna laman web nie. Yaa memang kena keluar duit untuk beli sistem ini.
Sekarang sy mahu tanya anda, anda mahu rugi 10sen tapi dapat return RM10 dalam sehari, atau anda mahu untung 10 sen tetapi selepas setahun baru dapat RM10?
Baiklah anda sanggup laburkan wang sedikit untuk beli sistem nie asalkan anda dapat jual produk dengan kadar yang segera.
Tetapi.... siapa yang buat niaga kit nie? Boleh pakai ker sistem diorang?
Sedikit sebanyak tentang background team yang membangunkan sistem ini.
Niaga Kit dibangungkan oleh sekumpulan usahawan yang terdiri daripada Adly, Zhafran, Rizal Razak dan beberapa orang yang bekerja di sebalik tadbir.
Mereka ini adalah usahawan tempatan yang terlibat dalam pelbagai jenis bidang jualan produk fizikal mahupun digital sejak sekian lama. Cuma belum masuk dalam akhbar Kosmo jerr lagi. Disebabkan mereka adalah usahawan, jadik mereka pun tahu apa yang seorang usahawan perlukan apabila berniaga.
Niaga Kit telah dibangunkan sejak tahun 2008, dan sejak itu telah banyak version dikeluarkan dan sentiasa membaiki kelemahan-kelemahan yang muncul dalam sistem mereka dan telah membaiki sepenuhnya. Version 2.0 adalah yang terkini di pasaran 2010.
Alah biasalah, in fact Microsoft Windows pun bermula dengan Windows 3.1 sekitar tahun 1992 dahulu. Sekarang barulah stable dengan Windows Vista dan terkini Windows 7.
Kejap-kejap saya masih tak faham macam mana Niaga Kit nie berfungsi?
Oke begini, mudah jerr
1. Niaga Kit ini adalash sistem website yang digunakan untuk anda menjual barang, kalau anda tengah baca entry saya nie ianya dipanggil blog :p, kalau anda buka website malaysiakini, itu namaya laman web informasi, kalau anda buka gmail.com, itu adalah sistem email.
2. Jadi, Niaga Kit adalah sistem website yang menyediakan platform khas untuk anda menjual barangan anda. Sama seperti lelong, ebay, mudah.my, Niaga Kit nie adalah sistem laman web untuk menjual barangan anda sendiri. Ianya bertujuan untuk anda memasarkan barangan anda dengan menggunakan laman web. Cuma macam ebay semua tue dia lebih kepada menyediakan platform yang sofistikated kepada penjual seluruh dunia memasarkan produl mereka. Manakala, sistem niaga kit ini, anda boleh buat macam rumah sendiri.
3. Dan niaga kit ini adalah kepunyaan anda 100% apabila anda telah melanggan sistem mereka. Tiada risiko ditutup kecuali la kabel internet di dasar laut putus sahaja...
4. Untuk tarik pelanggan ke website baru anda, Niaga Kit juga dilengkapi dengan sistem SEO (Search Engine Optimization) di mana ianya boleh menarik trafik ke laman web yang anda bina nanti.
5. Dengan Niaga Kit juga bila-bila masa sahaja anda boleh mengubah design website anda, nak tukar colour ker, nak letak blog ker, semuanya boleh. Malah pelanggan anda juga boleh membayar kepada anda terus jika mahu membeli barang, tidak perlu third party. Yang bestnya pelanggan boleh bayar secara tunai jika mereka menggunakan online transfer dengan bank-bank tempatan. Nak guna kad kredit pun boleh tapi dengan syarat anda perlu ada akaun paypal.
6. Pendek kata, Niaga Kit nie macam kedai baru yang anda beli, anda boleh hias dan renovate ikut cita rasa sendiri. Kalau pening-pening taktau nak customize, pakai sahaja template yang disediakan oleh developer Niaga Kit.
So, apa yang anda perlu buat sekarang?
1. Mula-mula anda layari website ini http://niagakit.com
2. Navigate dulu website tersebut, baca dan fahamkan secara steady. Take time to digest....
3. Jika perlukan penerangan lebih lanjut, hubungi sahaja no telefon dipenjuru atas kanan website tersebut. Yang angkat call anda bukan operator, bukan kerani, tetapi mereka yang develop sistem itu sendiri, jadi penerangannya memang lengkap. Nak chat dgn mereka secara real time pun boleh. (Bila ada features macam nie, anda sendiri boleh tahu macam mana seriusnya mereka menjaga pelanggan).
4. Sebelum beli nak try demo dulu pun boleh, tengok di sidebar sebelah kiri ada gambar org buat thumbs up, cuba demo. Isikan sahaja butiran yang diperlukan. Kalau setakat baca sahaja isi kandungan laman web mereka mungkin anda baru hanya dapat gambaran, kalau nak feel betul2, memang anda digalakkan untuk cuba demo niaga kit.
Sudah ada orang ker yang pakai sistem Niaga Kit nie? Ada... antaranya
1. Nak carik modem USB - www.3gxModem.com
2. Kartunis Ubi yang dulu bekerja dengan Majalah Ujang sekarang dah ada bisnes sendiri - www.UbiShoppe.com
3. Nak beli minyak wangi - www.OneDroperfumes.info
4. Nak beli jersey - www.SoccerPitStop.com
Kalau anda tak percaya cuba tengok di bawah penjuru kanan setiap website di atas ada tulis Powered By Niaga Kit. Penjual-penjual barangan tersebut hanya sibuk menguruskan urusan dengan pelanggan mereka sahaja tanpa memikirkan untuk pening kepala setup website.
Itu baru sebahagian sahaja, ada lagi beberapa pengguna internet di Malaysia yang telah menggunakan sistem Niaga Kit. Cepat bertindak! Nanti kalau dah ramai sangat yang ada kedai online, anda terpaksa bersaing dengan mereka.
Selamat menjual di sistem baru....
3 Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membuat Pinjaman
Apabila ingin membuat pinjaman daripada bank sama ada ansuran pinjaman perumahan, kereta, peribadi, kad kredit, dsb, ramai yang terlupa beberapa faktor yang jarang diambilkira. Ramai yang hanya mencari interest rendah tetapi tidak ramai yang ambil berat berkenaan 3 perkara ini.
1. Kaedah pembayaran balik pinjaman
Biasanya ada beberapa cara untuk membayar balik pinjaman seperti tolak daripada wang gaji, ataupun pergi bank-in kan sendiri di bank, atau poskan check. Harus diingat setiap method atau cara ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
a) Jika anda seorang yang tidak mahu terlepas membayar pinjaman, kaedah tolak daripada gaji adalah amat sesuai sekali. Tapi anda harus ingat kaedah ini sebenarnya mempunyai kesan jangka panjang. Setiap bulan jumlah tolakan gaji anda akan dicetak di atas slip gaji. Apabila kelak anda ingin memohon pinjaman baru, sudah pasti keadaan ini akan sedikit sebanyak 'merencatkan' statement slip gaji anda. Sungguhpun pegawai bank boleh memeriksan rekod CCRIS daripada Bank Negara tetapi dengan adanya nilai tolakan tersebut, sedikit sebanyak anda sudah 'terkantoi' yang anda mempunyai pinjaman lain. Jadi potensi anda untuk mendapat margi pinjaman yang tinggi ada harapan tp agak tipis.
b) Jika anda seorang yang mahu melihat statement bank dipenuhi dengan gaji bersih, adalah lebih baik anda bayar secara manual sama ada menggunakan cash deposit machine, check, atau internet bankin transfer. Jika pinjaman anda sama bank dengan gaji, gunakan sahaja internet banking. Hampir semua bank sudah ada internet banking kecuali ada beberapa bank yang anti-teknologi, hohohoho. Kalau anda mahu buat transfer to other bank, lihat pula margin pembayaran anda. Sekiranya anda membayar pinjama perumahan sehingga RM 1600 sebulan, setakat caj RM2 yang dikenakan tersebut tidak memberi kesan. Tetapi jika anda membuat pinjaman ASB yang mana ansurannya setiap bulan adalah RM100, mungkin RM2 tersebut memberi impak yang besar.
2. Keupayaan pembayaran bulanan
Katakan anda mahu membeli kereta. Anda perlu bayar ansuran 5 tahun sebanyak RM700 sebulan dan ketika itu gaji anda hanyalah RM 2,000. Mungkin anda akan rasa ketika itu sangat mahal dan anda pun bercadang mahu ambil 9 tahun dengan ansuran sebanyak RM550 sebulan. Pada saya adalah lebih bijak jika anda tidak mengkayakan bank dengan mengambil pakej 5 tahun.
Ini adalah kerana adakah anda sedar bahawa anda akan mengalami kenaikan gaji setiap tahun? Jadi, tidak mengapa jika setahun dua anda agak rasa berat sedikit tetapi tahun-tahun yang akan datang anda mula akan berasa 'selesa' dengan jumlah ansuran tersebut.
Yeah, perlu diberi penjelasan tengok juga apa industri yang anda pilih. Jika anda terlibat dalam industri yang sentiasa mempunyai demand tinggi seperti oil n gas, perubatan, dan perkhidmatan, sudah semestinya gaji anda pasti meningkat, tetapi jika anda bekerja yang rasa potensinya sangat sukar untuk kenaikan gaji, anda boleh pilih untuk ambil jumlah ansuran seminima mungkin.
3. Tempoh pembayaran balik pinjaman
Saya rasa ini adalah terlampau subjektif untuk di'standardize'kan. Sesetengah orang kata hutang hanya reserve untuk 30% drp gaji, ada org kata hutang beli kereta burn macam tue jerr sbb ianya bukan asset, ada orang kata ambik loan rumah sapu terus sampai 35 tahun. Tapi equation untuk tempoh pembayaran balik nie simple jerr. Kalau boleh janganlah tempoh hutang tue melepasi waktu berpencen. Sebab anda kene ingat duit pencen/kwsp tue mungkin hanya separuh sahaja daripada duit masa kita bergaji penuh.
Kalau mahu juga terpaksalah sambung kerja sampai habis tempoh bayar balik pinjaman











