Bagaimana Kad Mata Ganjaran Berfungsi?

Saya teramat yakin setiap seorang daripada kita pasti mempunyai reward cards dalam wallet atau handbag masing-masing. Sebagai seorang pengguna mesti anda subscribe kad-kad tersebut disebabkan ingin mendapatkan mata ganjaran dan boleh ditebus untuk mendapatkan hadiah-hadiah tertentu. Antara kad-kad yang aktif di pasaran adalah seperti Bonus Link, Petronas Kad Mesra, TESCO Clubcard dan lain-lain lagi.
Jadi saya jelaskan di sini bagaimana win-win situation ini berlaku antara pemegang kad dan pengeluar kad.
Pemegang Kad
Sebagai pemegang kad, apabila anda melakukan transaksi, pasti ada point-point yang akan terkumpul di mana bila cukup point anda akan tebus mata ganjaran sama ada dalam bentuk barangan ataupun cash back. Lagi banyak anda belanja, lagi banyak point anda akan dapat dan lagi besar hadiah yang anda akan bawa pulang.
Pengeluar Kad
Apabila cashier meleretkan kad anda kepada mesin pengimbas, data-data pembelian anda telah dimasukkan ke dalam database pengeluar kad. Jadi, database pengeluar kad ini sangat penting kerana ianya mengandungi trend dan pola pembelian seperti barang jenis apa anda suka beli, bilakah anda selalunya melakukan pembelian, berapa kali dalam setahun anda beli sesuatu barang, di mana anda selalu beli barang. Jadi kesemua ini dikumpulkan dalam database pengeluar kad dan sama ada dijual kepada third party yang berminat atau pengeluar kad itu sendiri akan memberi segala jenis tawaran diskaun yang kena dengan style dan pola pembelanjaan anda. Sebagai contoh saya suka kepada Tesco Clubcard, kerana setiap bulan mereka akan menghantar kepada saya kupon diskaun dalam bentuk cash back dan juga kupon diskaun terhadap barangan yang saya selalu beli. Jadi, pengeluar kad bukan sahaja dapat mengetahui nama, alamat dan nombor telefon anda tetapi juga apabila mereka melakukan promosi, mereka tidak 'tembak merata'. Kalau saya suka beli barang dapur, tesco akan memberi kupon-kupon diskaun terhadap barangan dapur sahaja. Jadi bila saya dapat kupon diskaun itu, potensi saya untuk menjadi pelanggan ulangan mereka amat tinggi. Yelah siapa taknak beli barang murah, lepas itu kalau saya dah pergi tesco takkan saya datang semata-mata untuk menebus kupon sahaja, dah tentu saya juga akan beli barang-barang lain dan akhirnya saya akan spend melebihi yang sepatutnya
Selamat kumpul dan tebus mata ganjaran anda!


January 21st, 2010 - 10:14
CMNE NAK TEBUS KAD MESRA?
BRO DA RSE BUANG MSE JE NGAN KAD MESRA…POINT DA BERIBU TP XDA PEKDAH….
PE CER EK?
Abd Hakim Reply:
January 21st, 2010 at 11:25 AM
bro pakai kad yg lama punya atau yg baru? kalau mymesra kad yang baru senang jerr, cuba klik sini
Nak tahu point? kalau bro isi minya guna kad kredit/kad atm maybank, lepas tue masukkan pulak kad mymesra nanti dia akan keluar resit. Di situ ada tulis berapa balance point. Tapi kalau nak guna sistem nie kene pakai machine yg dekat sebelah pam tue bukannya kat kaunter dalam, kat kaunter dalam tue hanya resit biasa jer. Tp dr pengalaman sy kadang2 dia tulis point tue, kadang2 tidak, pergi isi dekat stesen yg ‘gah’ sikit baru ada.
dah cuba nanti update sini, setahu sy petronas tak hantar statement ker rumah