Kopi Percuma Kad Kredit IKEA Friends
Hari ini, saya bersama isteri dan anak telah pergi ke IKEA Mutiara Damansara untuk menghabiskan masa hujung minggu di sana. Kami terlupa pula hari ini adalah minggu terakhir untuk penganut yang beragama Kristian untuk membeli belah dan akibatnya kami terperangkap dalam 'jem nak cari parking' di dalam kawasan IKEA. Mula-mula tue agak sengal ubi jugak sebab salah timing. Tapi takperlah janji saya boleh bawak anak dan isteri berjalan-jalan.
Sangkaan kami tadi memikirkan ramailah penganut-penganut yang beragama Kristian untuk shopping akan tetapi kami tersilap rupanya. Rasa macam nak Raya Puasa pula. Punyalah ramai orang Melayu yang pergi ke sini. Ramai family yang datang dan tak lupa jugak couple-couple yang saya rasa akan melangsungkan perkahwinan mereka tak lama lagi.
Adegan yang paling best pulak bila kami sekeluarga naik lif. Guess what? Setiap kali naik lif akan didominasi oleh golongan yang bawak stroller yakni yang bawak anak kecik termasuklah kami. Bila masuk lif jerr, semua mak-mak atau ayah-ayah mithali nie akan berpandangan satu sama lain dan akan gelak-gelak.
Oke, itu serba sedikit suasana yang serabut lagi ramai orang tetapi meriah di IKEA, tetapi ada suatu sudut yang mencuit hati saya yang menyebabkan saya rasa nak datang IKEA lagi. Walaupun kami dah berkali-kali datang sini tapi ini first time kami jumpa di satu sudut dekat dengan food court dalam IKEA nie. Cuba lihat gambar di bawah nie:

Papan Kenyataan untuk beritahu penggunan untuk ambik kupon kopi

Swipe kad anda di sini nanti keluarlah kupon tue untuk anda redeem di kaunter
Oke, sebenarnya ada 2 jenis kad yang ditawarkan.
i) IKEA Friends Credit Card 
Jika anda ada kad ini, anda akan dapat FREE Cup of Coffea/Tea setiap kali anda melawat IKEA Restaurant. Selain itu apabila anda mempunyai kad kredit nie anda juga dapat benefit seperti:-
-5 Tahun Waive untuk Annual Fee (tapi saya rasa boleh dapat Free For Life nie, apapun tggu selepas 5 Tahun)
- Buat Installment Plan 0% Interest jika beli barang di IKEA, kalau nilai swipe RM500 dapat laa 6 bulan installment, RM1000 ke atas boleh buat pembayaran selama 6,9,12,24 bulan
- Dapat enjoy Monthly Benefit Buy Items
- Mata Ganjaran IKEA
- 10% diskaun untuk perkhidmatan menjahit IKEA (menarik dan unik perkhidmatan nie)
- Jaminan pemulangan barang yang dibeli daripada IKEA selama 60 Hari (tetapi macam biasala perlu patuhi TNC)
- Tawaran diskaun yang menarik dari semasa ke semasa
ii) IKEA Friends Loyalty Payment Card 
Jika anda ada kad ini pula anda dapat diskaun 50% of Coffe/Tea setiap kali anda melawat IKEA Restaurant. Selain itu, anda juga akan beroleh tawaran berikut :-
- Dapat enjoy Monthly Benefit Buy Items
- Mata Ganjaran IKEA
- 10% diskaun untuk perkhidmatan menjahit IKEA (menarik dan unik perkhidmatan nie)
- Jaminan pemulangan barang yang dibeli daripada IKEA selama 60 Hari (tetapi macam biasala perlu patuhi TNC)
- Tawaran diskaun yang menarik dari semasa ke semasa
Kesemua kad-kad yang ditawarkan oleh pihak IKEA ini sebenarnya mempunyai kelebihan yang luar biasa jika anda rajin pergi ke IKEA. Walaupun salah satu tawaran yang anda dapat adalah kopi percuma tetapi jika anda dapat kopi percuma selepas kawan belanja makan memanglah tidak bernafsu. Cuba anda bayangkan lepas shopping di IKEA anda penat berjalan dan bercakap sambil berfikir idea nak hias rumah, pergghh memang lazatlah dapat coffe free. Oleh itu, siapa yang berminat nak apply sila jangan jumpa saya, jumpalah pegawai IKEA di IKEA Friends Counter, Ground Floor IKEA. Jangan lupa bawa slip gaji sekali tetapi kalau anda dah ada kad kredit, memadailah bawa kad kredit anda itu sahaja sebab kad kredit IKEA nie dia team-up dengan salah satu bank tempatan di Malaysia. Nak bayar bulan-bulan pun senang. Anda boleh guna khidmat Internet Banking untuk melakukakan IBG.


December 20th, 2009 - 11:45
this card look nice. the design is not complicated
Abd Hakim Reply:
December 20th, 2009 at 12:16 PM
think like want to apply one but the RM50 service charge will make me think twice, hurmm….