Kebocoran Pangkalan Data
Dibocor ‘orang dalam’
KUALA LUMPUR: Kebanjiran e-mel ‘phishing’ atau berunsur penipuan bertujuan memerangkap pengguna memberikan kata laluan dan nombor keselamatan akaun simpanan didakwa mempunyai kaitan dengan kakitangan syarikat perbankan terbabit.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata persatuannya menerima banyak aduan berkaitan kehadiran e-mel serta khidmat pesanan ringkas (SMS) seumpama itu yang meminta orang ramai memberikan kata laluan dan nombor keselamatan akaun simpanan mereka.
“Hanya pihak bank mengetahui pengguna mana yang aktif dan mempunyai simpanan banyak. Mereka juga mengetahui e-mel pendeposit dan kerana itu pengguna menerima pelbagai e-mel ‘spam’,” katanya yang percaya maklumat peribadi pengguna dibocorkan ‘orang dalam’.
Menurutnya, dia percaya kakitangan syarikat kewangan tidak menjalankan kegiatan penipuan seumpama itu secara terus sebaliknya menjual maklumat kepada pihak lain.
baca seterusnya di sini
1. Saya terbaca di Harian Metro berkenaan dengan artikel di atas, sepuluh sen pun saya tidak terkejut.
2. Saya berani mengatakan jika anda ada handphone dan menjadi pelanggan mana-mana bank saya pasti anda pernah mendapat panggilan daripada makhluk-makhluk yang mahu offer pakej percutian, pakej kad diskaun daripada syarikat XYZ, mendapat emel-emel yang minta no akaun, anda menang itu dan ini dan pelbagai lagi taktik untuk memancing duit.
3. Soalnya di sini apa kaitan anda sebagai pelanggan bank dan handphone? Saya sudah mengagak memang ini kerja orang dalam bank yang sanggup membocorkan maklumat-maklumat rahsia pelanggan untuk mendapat keuntungan duniawi semata-mata.
4. Kita sebagai pelanggan bank, selalunya tanpa banyak soal bicara mengganggap orang-orang bank ini amanah dalam menyimpan data-data peribadi kita.
5. Sebaliknya, mereka ini juga yang menjual data-data peribadi pelanggan bank kepada pihak ketiga dan mengaut keuntungan haram hasil penjualan data tersebut.
6. Dewasa ini, pangkalan data atau database adalah nilai yang sangat berharga mengalahkan harga emas. Ini kerana dengan pangkalan data inilah orang boleh buat duit dengan cara menghubungi prospek untuk menawarkan pelbagai produk.
7. Dahulu, orang-orang yang menjalankan perniagaan ini meletak flyers di peti-peti surat rumah kita atau di wiper kereta. Kalau dah satu hari dapat sampai 10 flyers di peti surat siapa mahu lihat, sudah pasti kita akan buang saja dalam tong sampah. Dan saya boleh katan kaedah begini sebenarnya kurang berkesan kerana mereka 'tembak merata' tanpa mengetahui latar belakang prospek, seperti jenis pekerjaan, apakah tahap kewangan, minat mereka, dan juga tiada contact number untuk buat follow-up.
8. Tetapi kini dengan adanya pangkalan data yang lengkap, mereka boleh memilih prospek mana yang akan menjadi pelanggan mereka. Masakan tidak jika orang bank boleh jual semua data-data kita kepada pihak ketiga, mestilah pihak ketiga ini tahu, berapa wang yang kita ada dalam bank, jenis pekerjaan, nombor telefon, alamat rumah, dan semua data-data yang kita masukkan semasa mengisi borang. Bahkan mereka boleh lihat jumlah saman kita dengan nombor kad pengenalan yang boleh diperiksa di laman web Myeg.
9. Pangkalan data ini bukan sahaja dijual oleh orang dalam bank, adik saya yang baru habis SPM pun setiap hari mendapat tawaran belajar di IPTS-IPTS cap ayam yang bersepah-sepah berada di celah-celah rumah kedai. Siapa yang jual pangkalan data ini? Siapa lagi yang simpan data pelajar-pelajar sekolah? Kenapa tiada tawaran belajar kepada ibu dan bapa saya? Tepuk dahi tanyalah hati...
10. Dunia oh dunia, apabila diri menjadi hamba kepada wang.....



December 25th, 2009 - 01:09
Another fab post, thanks, I love coming again to browse your blog via your twitter updates. If you are looking to give your blog more exposure and improve your ranking in the search engines you should take a look through my Web 2 Mayhem Review.
December 27th, 2009 - 06:04
memang cam gitu. selalu dapat call dari agen insurans, percutian apa ntah, kad kredit lagi..macam-macam dah sekarang.
Abd Hakim Reply:
December 27th, 2009 at 7:48 AM
kadang2 sy akan ckp “kan kawan awk dah call sy 10 kali sebelum nie, berapa kali korang nak call nie….?!”