Di Sebalik Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
1. Sempena tahun baru 2010, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato' Seri Najib telah menawarkan skim simpanan persaraan 1Malaysia yang dikendalikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
2. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ada lebih kurang seramai 2.5 Juta orang yang bekerja sendiri tidak kiralah sama ada meniaga online atau secara konvensional seperti Pak Mat Jual Pisang, Makcik Timah Jaga Anak Jiran, Ah Keong Membaiki Tayar Motor Pancit di mana-mana sahaja, Zahid ejen Unit Trust, Rahimah ejen MLM Hai-O, Hazri ejen insuran dan pelbagai lagi kategori rakyat Malaysia yang menjalankan perniagaan sendiri.
3. Tujuan utama skim ini ditubuhkan yang disasarkan kepada golongan-golongan terbabit adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat Malaysia apabila mereka sudah berada dalam umur senjakala di mana mungkin keupayaan mereka telah terbatas seterusnya mengambil keputusan untuk berpencen.
4. Agak menarik skim ini kerana setiap bulan kerajaan akan menyumbang lagi 5% terhadap apa yg dicarumkan TETAPI tertakluk kepada RM60 sahaja setahun. Sah sehingga 2014. Dan lagi anda yang mencarum juga akan mendapat dividen tahunan KWSP sekitar 5% mengikut trend2 2-3 tahun kebelakangan ini. Sebenarnya tidak susah jika anda ingin mencarum sendiri kerana perkhidmatan Maybank2u dan CIMBClicks telah menawarkan untuk anda pindahkan wang anda dari akaun simpanan kepada akaun KWSP.
5. Adakah anda tahu sebenarnya skim ini adalah skim serampang dua mata bersama dengan agensi kerajaan yang lain yang mana pejabatnya akan penuh setiap tahun pada bulan April? LHDN!
6. Sebelum ini agak sukar untuk LHDN hendak mengesan bagaimana untuk mencari suatu paten hasil perniagaan golongan-golongan ini. Jika pekerja makan gaji tidak susah, anda tidak boleh lari dengan adanya slip gaji dan Borang EA. Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang tiada rekod gaji ini?
7. Mudah sahaja, LHDN hanya perlu mewujudkan perkongsian data dengan pihak KWSP. Selama ini LHDN hanya boleh tengok sahaja ejen hartananh yang untung beratus-ratus ribu sebulan, kali ini mereka tidak akan terlepas lagi kalau nak lari cukai. Bila tengok sahaja golongan ini boleh mencarum sehinggan RM10,000 sebulan, tunggu sahajalah pegawai LHDN datang ketuk pintu rumah.
8. Walaubagaimanapun, anda yang menajana pendapatan secara freelance ini tidak perlu risau. Anda tidak wajib mencarum kerana dividen KWSP pun tidaklah menarik mana berbanding ASB, ASW dan lain-lain unit amanah yang dikendalikan oleh PNB.
9. Penuhkan dahulu tabung-tabung ASB,ASW, Tabung Haji dan pelbagai tabung lagi yang dapat menawarkan pulangan lebih daripada 5% ke atas. Kalau dah maksimum semua tabung-tabung ini barulah mencarum kepada KWSP itupun jika anda telah bersedia untuk menjadi pembayar cukai.
10. Kepada pihak kerajaan, syabas diucapkan kerana telah melangkah satu tapak yang sepatutnya skim ini ditubuhkan sejak Dasar Penswastaan dimulakan sejakĀ tahun 1983. Sudah berapa billion kalau dikira sejak tahun 1983 kerajaan 'rugi' tidak mengutip cukai daripada golongan-golongan ini.
11. Selamat berkongsi maklumat dengan pihak LHDN!



January 11th, 2010 - 13:16
So, it means our government will top up 5% on top of annual KWSP Dividend? That’s a good investment.
Abd Hakim Reply:
January 12th, 2010 at 9:30 am
yes, but bear in mind, at their website it is clearly stated it will only be capped RM60 per year per person for only RM60 per year, invest wisely….