Abd Hakim Dot Com Saya taip awak baca dalam hati

18Apr/100

Tekanan

Secara matematiknya, formula untuk menentukan tekanan = daya/luas permukaan. (Kadar kuantiti tekanan dipengaruhi oleh daya yang diberikan dan juga kekuatan medium untuk menahan tekanan)

Formula tekanan ini sangat perfect di mana apa sahaja tekanan yang wujud semuanya bergantung kepada daya yang diberi dan disokong oleh medium untuk support daya tersebut.

Ianya sangat relevan untuk kehidupan seorang manusia, sama ada  dari segi tekanan di tempat kerja, tekanan masalah kewangan, tekanan untuk memajukan bisnes, dan juga tekanan dalam pengurusan diri sendiri. Setiap manusia mempunyai had limitnya tersendiri dalam menahan kadar tekanan yang dihadapi. Ianya akan berlaku dalam keadaan di mana:

Jika daya yang diberikan terlampau tinggi tetapi kadar menahannya rendah maka, tekanan ini akan burst...

Sama macam kita tiup belon. Belon mempunyai ruang kawasan yang terhad, tetapi jika kita berterusan memberi daya tiupan kepada belon tersebut, angin dalam belon akan cuba mencari jalan keluar, apabila ia gagal mencari jalan keluar sedangkan belon tersebut telah mencapai kapasiti penyimpanannya, belon tersebut akan pecah.

Dalam diri manusia juga begitu, daya boleh datang daripada dalam dirinya sendiri dan juga daya luar. Jika dia tidak 'membuang' tekanan tersebut, dikhuatiri ianya akan boleh meletup suatu hari nanti. Kita tidak boleh lihat tekanan tetapi kita boleh rasa tekanan.

Analogi yang sempoi untuk melihat tekanan nie, adalah sama macam kita makan. Bila kita makan dan minum, kita juga harus 'buang' makan dan minum itu melalui pelbagai cara melalui sistem perkumuhan badan. Apa jadi kalau kita makan dan minum tetapi tiada saluran untuk membuang yang berlebihan? Sudah pasti badan kita akan keracunan toksik dek makanan dan minuman tersebut.

Sama juga seperti tekanan, tetapi tekanan ini tidak boleh dibuang seperti proses makan dan minum, lain orang lain cara untuk 'buang' tekanan ini.

Orang yang sihat adalah orang yang boleh ambil tekanan dan boleh buang tekanan tersebut secara sistematik

Orang yang kurang sihat adalah orang yang hanya ambil tekanan tanpa membuangnya secara teratur.

Persoalannya, kenapa ada sesetengah orang tidak boleh membuang tekanan tersebut? Sekarang, ada beberapa faktor kenapa dia tidak boleh membuangnya secara sistematik.

Faktor 1 - dia nak buang, tapi dia takder jalan nak buang

Faktor 2 - dia nak buang, dah ada jalan tapi tiada kekuatan untuk membuang

Faktor 3 - dia tak reti nak buang tapi tahu jalan

Faktor 4 - dia tak reti nak buang dan tak tahu jalan

Akhirnya, jika tekanan itu terus menerus tersimpan dalam dirinya, sampai satu masa dirinya tadi sudah tidak mampu untuk menyimpan tekanan tersebut, lalu dia akan mengalami keracunan tekanan. Maka apabila sudah keracunan tekanan, ianya akan meletup dan terjadilah perbuatan-perbuatan yang  akan dilakukan melampaui batas, samalah macam belon tadi yang sudah meletup....

Share:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Twitter
Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment


No trackbacks yet.