Abd Hakim Dot Com Saya taip awak baca dalam hati

23Jun/102

Bukan senang buat duit menggunakan Internet

1.    Untuk menjalankan perniagaan di internet anda harus setup kredibiliti terlebih dahulu, sebab di internet kita tak boleh rasa, tak boleh pegang, kita hanya boleh judge siapa penjualnya based on performance sebelum nie sahaja. So kita memerlukan masa yang panjang untuk menjadikan diri kita dipercayai. Lain laar kalau buat kontroversi marketing, spam sana sini, bantai org sana sini, lepas tue mintak maaf jadik baik pun buleh tingkatkan kredibiliti jugak.

2.    Ramai dok cerita marketing di internet nie sama ada blog ker ebay ker owner forum dan apa2 shj, adalah automated system yg boleh tinggal dan goyang kaki. Hakikatnya sebelum boleh ‘goyang kaki’ utk dijadikan automated system tue kita perlu bertungkus lumus memastikan kita perlu promosi dan terus promosi sebelum sampai level ‘goyang kaki’ tue. Kita dok syok baca sales letter orang, tapi tiada siapa yang tahu kalau belum pernah buat sales letter, mau seminggu juga nak karang ayat, dah karang edit balik ayat tak sedap, tue belum design lagi. Ada duit lebih sikit boleh laar upah org buat kalau tak, sendiri mau ingat laar main2 dengan photoshop tue.

3.    Tak kiralah anda buat affiliate, jual ebook, ebay, adsense atau apa2 shj, jika anda mahu menjana duit daripada internet perlu laah super kreatif. Sbg contoh jika anda nak promote affiliate menggunakan forum siggy. Setakat siggy saja dah tak jalan dah utk tahun nie, 1-2 thn lepas mungkin masih boleh jalan. Oke upgrade pulak dekat siggy tue offer bonus. Setakat bagi 1 bonus pun dah tak jalan dah, kene offer 3-4 bonus mungkin 9 bulan lepas setakat 1 bonus masih boleh jalan. Juga jika jual barang di ebay, kalau 10 tahun dahulu jual barang dengan memberikan 3 line statement specifications sesuatu produk mungkin boleh jalan lagi, tapi sekarang 2 muka surat pun belum tentu lagi boleh laku, penjual perlu sentiasa mengkreatifkan ayat pancing suruh org beli setiap kali listing. Begitu juga nak main flippa. Kalau setakat website tue kaku kejung, 10 tahun dulu mungkin orang dah nampak gempak, tapi sekarang nie perlu bermacam2 plugins yg di install supaya website kita nampak outstanding. Kreativiti dan sentiasa outstanding daripada orang lain sangat penting untuk mendapatkan sesuap nasi di internet sekarang nie.

4.    Lagi satu cerita pasal kreativiti nie, pasang iklan di blog, jika blog kita setakat 100 orang visitor sehari, 10 tahun dulu mungkin orang akan klik pada iklan kita. Sekarang nie, dpt 10 klik drp 1000 org visitor sehari pun dah kira bagus, tue belum kira kalau promote barang orang, daripada 10 klik tue agak2 boleh ker kesemua 10 orang tue beli? Dapat sorang pun dah kire bertuah…

5.    Nak main jual beli domain? Memang senang…. Senang jika dah buat reasearh potensi berapa ramai yang mencari keyword yg kita nak beli tue. Dah jumpa domain yg best, dah ada org beli pulak, dah rugi beberapa jam. Kene carik domain lain.

6.    List is money? Ye ker? Kalau ada 10,000 subscriber sekalipun, jika dok hantar emel promosi jerr hari2, mau nya tak kena balun dengan subscriber? Jadi, strategi perlu sentiasa ditukar, dan idea sentiasa fresh agar subscriber sentiasa menanti2kan untuk membuka emel kita, bukannya mereka menanti2kan bila nak delete emel kita.

7.    Potensi kena sakit belakang badan dan sakit mata. Disebabkan nak sentiasa outstanding daripada yang lain2, maka setakat duduk sehari 3 jam mengadap laptop mungkin sudah tak apply. Kene doublekan usaha duduk 8 jam dan kesannya duit yg dapat dari internet tue dihabiskan utk beli kerusi ogawa dan beli spek permata hijrah untuk urut mata.

8.    Telinga dah jadik tebal sebab hari2 kene dengar ceramah free. Kalau yg dah kahwin tue, gerenti pernah kene bamboo dengan bini sbb dok ngadap laptop jer, yg masih tinggal dengan ibu bapa, kene bamboo dengan parents, yang bujang pula kene sound dengan kawan2 serumah sebab bil selalu tinggi disebabkan kita

P/S : Post ini diterbitkan untuk menafikan kepada mereka yang berangan nak kaya cepat dengan internet, hakikatnya kehidupan zaman sekarang semakin sengit, persaingan baik online mahupun offline sangat tinggi. Hanya mereka yang betul2 berjiwa kental dan fizikal fit sahaja yang boleh survive dalam dunia zaman sekarang nie….