Menjual Barang Di Internet dengan Niaga Kit
Apa pulak Niaga Kit nie?
Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut.... Baca dulu entry post ini sampai habis. (Approximate time 3.5 Minutes to finish). Ada suatu penyelesaian masalah yang akan anda jumpa sepanjang pembacaan entry ini.
Jika anda biasa membeli atau menjual barang di internet, pasti anda tahu tentang ebay, lelong, mudah.my, ataupun forum lowyat.net bukan? Tetapi jika anda biasa membeli atau menjual barangan di platform tersebut, tahukah bahawa anda sebenarnya sedang menumpang di platform orang lain?
Ianya seperti anda menyewa di tapak kedai, dan bila-bila masa sahaja anda boleh 'dihalau' keluar. Tapi kalau berniaga di kedai-kedai atau pasar-pasar, anda mesti mempunyai perjanjian sewa dan beli dengan owner tersebut yang membolehkan anda diberi notis beberapa bulan jika tuan tanah mahu 'meghalau' anda. Sekurang-kurangnya ianya dapat memberi anda sedikit masa untuk mencari tapak baru.
Tetapi jika anda berniaga dengan menggunakan platform-platform yang disebutkan di atas tadi, bolehkah anda mengambil tindakan pada owner website berkenaan jika tiba-tiba sahaja mereka mahu tutup kedai ? Kalau anda mahu ambil tindakan ke atas mereka sekali pun atas dasar apa? Atas perjanjian apa? Sudah lah sesetengah platform tersebut anda boleh menjual barangan tanpa perlu membayar sesen pun, inikan pula mahu saman?
Jika anda adalah seseorang yang hanya suka membeli sahaja, itu tidak memberikan impak yang besar jika salah satu platform tersebut ditutup. Ada beribu-ribu lagi kedai online yang anda boleh pilih untuk membeli barangan anda.
Bagaimana pula jika sumber pendapatan utama anda adalah dengan menjual barangan tersebut 100% di atas platform berkenaan?
Jika anda hanya berniaga part-time sahaja, itu tidak menjadi masalah. Bagaimana pula jika pendapatan utama anda seperti menjual alat sukan, peralatan komputer, handphone, adalah sepenuhnya dari platform berkenaan?
Suatu hari anda bangun dari tidur, anda nak check siapa yang telah beli produk yang anda jual, tiba² keluarlah....
Berderau sekejap rasa, tapi takperlah anda ingat mungkin ada masalah teknikal, petang nanti mungkin oke kot, tapi tak oke jugak. Buka lagi esok, lusa pun tak oke juga. Sampai laah 2 minggu benda di atas ini juga yang keluar....
Habislah, kat mana saya nak jual barang saya lepas nie.... Tp anda cool...
Mungkin akan berfikir untuk buat website atau blog sendiri untuk jual barangan anda.
Nampak mudah bukan?
Yaa memamng mudah ditaip tetapi sukar untuk dilaksanakan. Jika skill anda sebelum ini hanya tahu untuk membuat ayat² gempak untuk tarik pembeli, tahu macam mana nak carik shipping yang murah, tahu bagaimana mahu memikat pembeli tetapi.....
Adakah anda tahu program asas untuk programming? kod html? sistem pengiklanan yang berkesan? kat mana nak carik hosting dan domain (anda tahu ke nak carik hosting dan domain?) untuk membuat kedai online anda yang baru itu?
Memang ada kelas, ada panduan, ada ebook yang anda boleh beli untuk mempelajari semua itu tapi masih terkial-kial nak belajar membuat website sendiri. Berapa lama dah masa yang anda bazir untuk belajar benda-benda baru nie? masa tak tunggu anda. Jam tetap berputar... tapi barang masih belum terjual lagi.... Duit asyik keluar jerr, tak pandai-pandai juga buat website. Itu belum cerita lagi bab pengiklanan yang anda perlukan untuk tarik pembeli baru atau juga nak tarik balik returning customer anda sebelum ini.
Maka, bersedialah dari sekarang sebelum musibah melanda....
Jangan khuatir tentang perniagaan anda, kini ada 'lot kedai' baru untuk anda gunakan di mana anda yang akan mengawalnya 100% tanpa sebarang gangguan atau ancaman website anda akan ditutup. Hanya anda seorang sahaja yang mempunyai kuasa veto untuk menutup kedai online anda tersebut.
Sistem Kedai Online yang diberi nama Niaga Kit.
Alamak.... kena keluar duit laar nie kalau nak suruh orang buat sistem penjualan guna laman web nie. Yaa memang kena keluar duit untuk beli sistem ini.
Sekarang sy mahu tanya anda, anda mahu rugi 10sen tapi dapat return RM10 dalam sehari, atau anda mahu untung 10 sen tetapi selepas setahun baru dapat RM10?
Baiklah anda sanggup laburkan wang sedikit untuk beli sistem nie asalkan anda dapat jual produk dengan kadar yang segera.
Tetapi.... siapa yang buat niaga kit nie? Boleh pakai ker sistem diorang?
Sedikit sebanyak tentang background team yang membangunkan sistem ini.
Niaga Kit dibangungkan oleh sekumpulan usahawan yang terdiri daripada Adly, Zhafran, Rizal Razak dan beberapa orang yang bekerja di sebalik tadbir.
Mereka ini adalah usahawan tempatan yang terlibat dalam pelbagai jenis bidang jualan produk fizikal mahupun digital sejak sekian lama. Cuma belum masuk dalam akhbar Kosmo jerr lagi. Disebabkan mereka adalah usahawan, jadik mereka pun tahu apa yang seorang usahawan perlukan apabila berniaga.
Niaga Kit telah dibangunkan sejak tahun 2008, dan sejak itu telah banyak version dikeluarkan dan sentiasa membaiki kelemahan-kelemahan yang muncul dalam sistem mereka dan telah membaiki sepenuhnya. Version 2.0 adalah yang terkini di pasaran 2010.
Alah biasalah, in fact Microsoft Windows pun bermula dengan Windows 3.1 sekitar tahun 1992 dahulu. Sekarang barulah stable dengan Windows Vista dan terkini Windows 7.
Kejap-kejap saya masih tak faham macam mana Niaga Kit nie berfungsi?
Oke begini, mudah jerr
1. Niaga Kit ini adalash sistem website yang digunakan untuk anda menjual barang, kalau anda tengah baca entry saya nie ianya dipanggil blog :p, kalau anda buka website malaysiakini, itu namaya laman web informasi, kalau anda buka gmail.com, itu adalah sistem email.
2. Jadi, Niaga Kit adalah sistem website yang menyediakan platform khas untuk anda menjual barangan anda. Sama seperti lelong, ebay, mudah.my, Niaga Kit nie adalah sistem laman web untuk menjual barangan anda sendiri. Ianya bertujuan untuk anda memasarkan barangan anda dengan menggunakan laman web. Cuma macam ebay semua tue dia lebih kepada menyediakan platform yang sofistikated kepada penjual seluruh dunia memasarkan produl mereka. Manakala, sistem niaga kit ini, anda boleh buat macam rumah sendiri.
3. Dan niaga kit ini adalah kepunyaan anda 100% apabila anda telah melanggan sistem mereka. Tiada risiko ditutup kecuali la kabel internet di dasar laut putus sahaja...
4. Untuk tarik pelanggan ke website baru anda, Niaga Kit juga dilengkapi dengan sistem SEO (Search Engine Optimization) di mana ianya boleh menarik trafik ke laman web yang anda bina nanti.
5. Dengan Niaga Kit juga bila-bila masa sahaja anda boleh mengubah design website anda, nak tukar colour ker, nak letak blog ker, semuanya boleh. Malah pelanggan anda juga boleh membayar kepada anda terus jika mahu membeli barang, tidak perlu third party. Yang bestnya pelanggan boleh bayar secara tunai jika mereka menggunakan online transfer dengan bank-bank tempatan. Nak guna kad kredit pun boleh tapi dengan syarat anda perlu ada akaun paypal.
6. Pendek kata, Niaga Kit nie macam kedai baru yang anda beli, anda boleh hias dan renovate ikut cita rasa sendiri. Kalau pening-pening taktau nak customize, pakai sahaja template yang disediakan oleh developer Niaga Kit.
So, apa yang anda perlu buat sekarang?
1. Mula-mula anda layari website ini http://niagakit.com
2. Navigate dulu website tersebut, baca dan fahamkan secara steady. Take time to digest....
3. Jika perlukan penerangan lebih lanjut, hubungi sahaja no telefon dipenjuru atas kanan website tersebut. Yang angkat call anda bukan operator, bukan kerani, tetapi mereka yang develop sistem itu sendiri, jadi penerangannya memang lengkap. Nak chat dgn mereka secara real time pun boleh. (Bila ada features macam nie, anda sendiri boleh tahu macam mana seriusnya mereka menjaga pelanggan).
4. Sebelum beli nak try demo dulu pun boleh, tengok di sidebar sebelah kiri ada gambar org buat thumbs up, cuba demo. Isikan sahaja butiran yang diperlukan. Kalau setakat baca sahaja isi kandungan laman web mereka mungkin anda baru hanya dapat gambaran, kalau nak feel betul2, memang anda digalakkan untuk cuba demo niaga kit.
Sudah ada orang ker yang pakai sistem Niaga Kit nie? Ada... antaranya
1. Nak carik modem USB - www.3gxModem.com
2. Kartunis Ubi yang dulu bekerja dengan Majalah Ujang sekarang dah ada bisnes sendiri - www.UbiShoppe.com
3. Nak beli minyak wangi - www.OneDroperfumes.info
4. Nak beli jersey - www.SoccerPitStop.com
Kalau anda tak percaya cuba tengok di bawah penjuru kanan setiap website di atas ada tulis Powered By Niaga Kit. Penjual-penjual barangan tersebut hanya sibuk menguruskan urusan dengan pelanggan mereka sahaja tanpa memikirkan untuk pening kepala setup website.
Itu baru sebahagian sahaja, ada lagi beberapa pengguna internet di Malaysia yang telah menggunakan sistem Niaga Kit. Cepat bertindak! Nanti kalau dah ramai sangat yang ada kedai online, anda terpaksa bersaing dengan mereka.
Selamat menjual di sistem baru....
Bagaimana Kad Mata Ganjaran Berfungsi?

Saya teramat yakin setiap seorang daripada kita pasti mempunyai reward cards dalam wallet atau handbag masing-masing. Sebagai seorang pengguna mesti anda subscribe kad-kad tersebut disebabkan ingin mendapatkan mata ganjaran dan boleh ditebus untuk mendapatkan hadiah-hadiah tertentu. Antara kad-kad yang aktif di pasaran adalah seperti Bonus Link, Petronas Kad Mesra, TESCO Clubcard dan lain-lain lagi.
Jadi saya jelaskan di sini bagaimana win-win situation ini berlaku antara pemegang kad dan pengeluar kad.
Pemegang Kad
Sebagai pemegang kad, apabila anda melakukan transaksi, pasti ada point-point yang akan terkumpul di mana bila cukup point anda akan tebus mata ganjaran sama ada dalam bentuk barangan ataupun cash back. Lagi banyak anda belanja, lagi banyak point anda akan dapat dan lagi besar hadiah yang anda akan bawa pulang.
Pengeluar Kad
Apabila cashier meleretkan kad anda kepada mesin pengimbas, data-data pembelian anda telah dimasukkan ke dalam database pengeluar kad. Jadi, database pengeluar kad ini sangat penting kerana ianya mengandungi trend dan pola pembelian seperti barang jenis apa anda suka beli, bilakah anda selalunya melakukan pembelian, berapa kali dalam setahun anda beli sesuatu barang, di mana anda selalu beli barang. Jadi kesemua ini dikumpulkan dalam database pengeluar kad dan sama ada dijual kepada third party yang berminat atau pengeluar kad itu sendiri akan memberi segala jenis tawaran diskaun yang kena dengan style dan pola pembelanjaan anda. Sebagai contoh saya suka kepada Tesco Clubcard, kerana setiap bulan mereka akan menghantar kepada saya kupon diskaun dalam bentuk cash back dan juga kupon diskaun terhadap barangan yang saya selalu beli. Jadi, pengeluar kad bukan sahaja dapat mengetahui nama, alamat dan nombor telefon anda tetapi juga apabila mereka melakukan promosi, mereka tidak 'tembak merata'. Kalau saya suka beli barang dapur, tesco akan memberi kupon-kupon diskaun terhadap barangan dapur sahaja. Jadi bila saya dapat kupon diskaun itu, potensi saya untuk menjadi pelanggan ulangan mereka amat tinggi. Yelah siapa taknak beli barang murah, lepas itu kalau saya dah pergi tesco takkan saya datang semata-mata untuk menebus kupon sahaja, dah tentu saya juga akan beli barang-barang lain dan akhirnya saya akan spend melebihi yang sepatutnya
Selamat kumpul dan tebus mata ganjaran anda!
Kopi Percuma Kad Kredit IKEA Friends
Hari ini, saya bersama isteri dan anak telah pergi ke IKEA Mutiara Damansara untuk menghabiskan masa hujung minggu di sana. Kami terlupa pula hari ini adalah minggu terakhir untuk penganut yang beragama Kristian untuk membeli belah dan akibatnya kami terperangkap dalam 'jem nak cari parking' di dalam kawasan IKEA. Mula-mula tue agak sengal ubi jugak sebab salah timing. Tapi takperlah janji saya boleh bawak anak dan isteri berjalan-jalan.
Sangkaan kami tadi memikirkan ramailah penganut-penganut yang beragama Kristian untuk shopping akan tetapi kami tersilap rupanya. Rasa macam nak Raya Puasa pula. Punyalah ramai orang Melayu yang pergi ke sini. Ramai family yang datang dan tak lupa jugak couple-couple yang saya rasa akan melangsungkan perkahwinan mereka tak lama lagi.
Adegan yang paling best pulak bila kami sekeluarga naik lif. Guess what? Setiap kali naik lif akan didominasi oleh golongan yang bawak stroller yakni yang bawak anak kecik termasuklah kami. Bila masuk lif jerr, semua mak-mak atau ayah-ayah mithali nie akan berpandangan satu sama lain dan akan gelak-gelak.
Oke, itu serba sedikit suasana yang serabut lagi ramai orang tetapi meriah di IKEA, tetapi ada suatu sudut yang mencuit hati saya yang menyebabkan saya rasa nak datang IKEA lagi. Walaupun kami dah berkali-kali datang sini tapi ini first time kami jumpa di satu sudut dekat dengan food court dalam IKEA nie. Cuba lihat gambar di bawah nie:

Papan Kenyataan untuk beritahu penggunan untuk ambik kupon kopi

Swipe kad anda di sini nanti keluarlah kupon tue untuk anda redeem di kaunter
Oke, sebenarnya ada 2 jenis kad yang ditawarkan.
i) IKEA Friends Credit Card 
Jika anda ada kad ini, anda akan dapat FREE Cup of Coffea/Tea setiap kali anda melawat IKEA Restaurant. Selain itu apabila anda mempunyai kad kredit nie anda juga dapat benefit seperti:-
-5 Tahun Waive untuk Annual Fee (tapi saya rasa boleh dapat Free For Life nie, apapun tggu selepas 5 Tahun)
- Buat Installment Plan 0% Interest jika beli barang di IKEA, kalau nilai swipe RM500 dapat laa 6 bulan installment, RM1000 ke atas boleh buat pembayaran selama 6,9,12,24 bulan
- Dapat enjoy Monthly Benefit Buy Items
- Mata Ganjaran IKEA
- 10% diskaun untuk perkhidmatan menjahit IKEA (menarik dan unik perkhidmatan nie)
- Jaminan pemulangan barang yang dibeli daripada IKEA selama 60 Hari (tetapi macam biasala perlu patuhi TNC)
- Tawaran diskaun yang menarik dari semasa ke semasa
ii) IKEA Friends Loyalty Payment Card 
Jika anda ada kad ini pula anda dapat diskaun 50% of Coffe/Tea setiap kali anda melawat IKEA Restaurant. Selain itu, anda juga akan beroleh tawaran berikut :-
- Dapat enjoy Monthly Benefit Buy Items
- Mata Ganjaran IKEA
- 10% diskaun untuk perkhidmatan menjahit IKEA (menarik dan unik perkhidmatan nie)
- Jaminan pemulangan barang yang dibeli daripada IKEA selama 60 Hari (tetapi macam biasala perlu patuhi TNC)
- Tawaran diskaun yang menarik dari semasa ke semasa
Kesemua kad-kad yang ditawarkan oleh pihak IKEA ini sebenarnya mempunyai kelebihan yang luar biasa jika anda rajin pergi ke IKEA. Walaupun salah satu tawaran yang anda dapat adalah kopi percuma tetapi jika anda dapat kopi percuma selepas kawan belanja makan memanglah tidak bernafsu. Cuba anda bayangkan lepas shopping di IKEA anda penat berjalan dan bercakap sambil berfikir idea nak hias rumah, pergghh memang lazatlah dapat coffe free. Oleh itu, siapa yang berminat nak apply sila jangan jumpa saya, jumpalah pegawai IKEA di IKEA Friends Counter, Ground Floor IKEA. Jangan lupa bawa slip gaji sekali tetapi kalau anda dah ada kad kredit, memadailah bawa kad kredit anda itu sahaja sebab kad kredit IKEA nie dia team-up dengan salah satu bank tempatan di Malaysia. Nak bayar bulan-bulan pun senang. Anda boleh guna khidmat Internet Banking untuk melakukakan IBG.




