Abd Hakim Dot Com When Engineers Talking About Financial & Motivation

18Feb/102

Rasuah = Harga Barang Naik

1. Ya memang tepat sekali salah satu sebab harga barang naik sebab rasuah!

2. Mekanismenya sangat mudah sekali.

3. Karim ada sebuah kilang air mineral di Johor.

4. Sebotol Air Mineral 600ml,  kos RM0.20 dan untung RM0.10, jadi harga sebotol air mineral adalah sebanyak RM0.30

5. Setiap kali lorinya jalan, akan bawa 10,000 botol  X RM 0.30 = RM3,000 ( satu kali trip kosnya adalah RM0.20 X 10,000 = RM2,000 dan untungnya RM0.10 X 10,000 = RM1,000)

6. Tapi itu kalau lorinya tidak ditahan.

7. Tetapi kalau lorinya dipau sebanyak RM500 satu trip, maka dia akan pindahkan kos ini kepada pengguna. Katalah dia masih mahu mengekalkan keuntungan sebanyak RM 1,000 satu trip.

8. Jadi modalnya sudah jadi RM2,000 + RM500 dan untung masih lagi kekal RM1,000. Oleh itu, revenue untuk satu trip dia perlu pastikan cecah RM3,500.

9. Jadi, sebotol air mineral sudah jadi RM3,500 / 10,000 botol = RM 0.35 sebotol

10. Karim tetap untung RM1,000 pengguna perlu bayar RM0.35 sebotol instead of RM0.30 sebotol.

11. Rasuah = Harga barang naik