Abd Hakim Dot Com Saya taip awak baca dalam hati

18Mar/106

Menjual Barang Di Internet dengan Niaga Kit

Apa pulak Niaga Kit nie?

Sistem Kedai Online Niagakit

Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut.... Baca dulu entry post ini sampai habis. (Approximate time 3.5 Minutes to finish). Ada suatu penyelesaian masalah yang akan anda jumpa sepanjang pembacaan entry ini.

Jika anda biasa membeli atau menjual barang di internet, pasti anda tahu tentang ebay, lelong, mudah.my, ataupun forum lowyat.net bukan? Tetapi jika anda biasa membeli atau menjual barangan di platform tersebut, tahukah bahawa anda sebenarnya sedang menumpang di platform orang lain?

Ianya seperti anda menyewa di tapak kedai, dan bila-bila masa sahaja anda boleh 'dihalau' keluar. Tapi kalau berniaga di kedai-kedai atau pasar-pasar, anda mesti mempunyai perjanjian sewa dan beli dengan owner tersebut yang membolehkan anda diberi notis beberapa bulan jika tuan tanah mahu 'meghalau' anda.  Sekurang-kurangnya ianya dapat memberi anda sedikit masa untuk mencari tapak baru.

Tetapi jika anda berniaga dengan menggunakan platform-platform yang disebutkan di atas tadi, bolehkah anda mengambil tindakan pada owner website berkenaan jika tiba-tiba sahaja mereka mahu tutup kedai ? Kalau anda mahu ambil tindakan ke atas mereka sekali pun atas dasar apa? Atas perjanjian apa? Sudah lah sesetengah platform tersebut anda boleh menjual barangan tanpa perlu membayar sesen pun, inikan pula mahu saman?

Jika anda adalah seseorang yang hanya suka membeli sahaja, itu tidak memberikan impak yang besar jika salah satu platform tersebut ditutup. Ada beribu-ribu lagi kedai online yang anda boleh pilih untuk membeli barangan anda.

Bagaimana pula jika sumber pendapatan utama anda adalah dengan menjual barangan tersebut 100% di atas platform berkenaan?

Jika anda hanya berniaga part-time sahaja, itu tidak menjadi masalah. Bagaimana pula jika pendapatan utama anda seperti menjual alat sukan, peralatan komputer, handphone, adalah sepenuhnya dari platform berkenaan?

Suatu hari anda bangun dari tidur, anda nak check siapa yang telah beli produk yang anda jual, tiba² keluarlah....

Berderau sekejap rasa, tapi takperlah anda ingat mungkin ada masalah teknikal, petang nanti mungkin oke kot, tapi tak oke jugak. Buka lagi esok, lusa pun tak oke juga. Sampai laah 2 minggu benda di atas ini juga yang keluar....

Habislah, kat mana saya nak jual barang saya lepas nie.... Tp anda cool...

Mungkin akan berfikir untuk buat website atau blog sendiri untuk jual barangan anda.

Nampak mudah bukan?

Yaa memamng mudah ditaip tetapi sukar untuk dilaksanakan. Jika skill anda sebelum ini hanya tahu untuk membuat ayat² gempak untuk tarik pembeli, tahu macam mana nak carik shipping yang murah, tahu bagaimana mahu memikat pembeli tetapi.....

Adakah anda tahu program asas untuk programming? kod html? sistem pengiklanan yang berkesan? kat mana nak carik hosting dan domain (anda tahu ke nak carik hosting dan domain?) untuk membuat kedai online anda yang baru itu?

Memang ada kelas, ada panduan, ada ebook yang anda boleh beli untuk mempelajari semua itu tapi masih terkial-kial nak belajar membuat website sendiri. Berapa lama dah masa yang anda bazir untuk belajar benda-benda baru nie? masa tak tunggu anda. Jam tetap berputar... tapi barang masih belum terjual lagi.... Duit asyik keluar jerr, tak pandai-pandai juga buat website. Itu belum cerita lagi bab pengiklanan yang anda perlukan untuk tarik pembeli baru atau juga nak tarik balik returning customer anda sebelum ini.

Maka, bersedialah dari sekarang sebelum musibah melanda....

Jangan khuatir tentang perniagaan anda, kini ada 'lot kedai' baru untuk anda gunakan di mana anda yang akan mengawalnya 100% tanpa sebarang gangguan atau ancaman website anda akan ditutup. Hanya anda seorang sahaja yang mempunyai kuasa veto untuk menutup kedai online anda tersebut.

Sistem Kedai Online yang diberi nama Niaga Kit.

Alamak.... kena keluar duit laar nie kalau nak suruh orang buat sistem penjualan guna laman web nie. Yaa memang kena keluar duit untuk beli sistem ini.

Sekarang sy mahu tanya anda, anda mahu rugi 10sen tapi dapat return RM10 dalam sehari, atau anda mahu untung 10 sen tetapi selepas setahun baru dapat RM10?

Baiklah anda sanggup laburkan wang sedikit untuk beli sistem nie asalkan anda dapat jual produk dengan kadar yang segera.

Tetapi.... siapa yang buat niaga kit nie? Boleh pakai ker sistem diorang?

Sedikit sebanyak tentang background team yang membangunkan sistem ini.

Niaga Kit dibangungkan oleh sekumpulan usahawan yang terdiri daripada Adly, Zhafran, Rizal Razak dan beberapa orang yang bekerja di sebalik tadbir.

Mereka ini adalah usahawan tempatan yang terlibat dalam pelbagai jenis bidang jualan produk fizikal mahupun digital sejak sekian lama. Cuma belum masuk dalam akhbar Kosmo jerr lagi.  Disebabkan mereka adalah usahawan, jadik mereka pun tahu apa yang seorang usahawan perlukan apabila berniaga.

Niaga Kit telah dibangunkan sejak tahun 2008, dan sejak itu telah banyak version dikeluarkan dan sentiasa membaiki kelemahan-kelemahan yang muncul dalam sistem mereka dan telah membaiki sepenuhnya. Version 2.0 adalah yang terkini di pasaran 2010.

Alah biasalah, in fact Microsoft Windows pun bermula dengan Windows 3.1 sekitar tahun 1992 dahulu. Sekarang barulah stable dengan Windows Vista dan terkini Windows 7.

Kejap-kejap saya masih tak faham macam mana Niaga Kit nie berfungsi?

Oke begini, mudah jerr

1. Niaga Kit ini adalash sistem website yang digunakan untuk anda menjual barang, kalau anda tengah baca entry saya nie ianya dipanggil blog :p, kalau anda buka website malaysiakini, itu namaya laman web informasi, kalau anda buka gmail.com, itu adalah sistem email.

2. Jadi, Niaga Kit adalah sistem website yang menyediakan platform khas untuk anda menjual barangan anda. Sama seperti lelong, ebay, mudah.my, Niaga Kit nie adalah sistem laman web untuk menjual barangan anda sendiri. Ianya bertujuan untuk anda memasarkan barangan anda dengan menggunakan laman web. Cuma macam ebay semua tue dia lebih kepada menyediakan platform yang sofistikated kepada penjual seluruh dunia memasarkan produl mereka. Manakala, sistem niaga kit ini, anda boleh buat macam rumah sendiri.

3. Dan niaga kit ini adalah kepunyaan anda 100% apabila anda telah melanggan sistem mereka. Tiada risiko ditutup kecuali la kabel internet di dasar laut putus sahaja...

4. Untuk tarik pelanggan ke website baru anda, Niaga Kit juga dilengkapi dengan sistem SEO (Search Engine Optimization) di mana ianya boleh menarik trafik ke laman web yang anda bina nanti.

5. Dengan Niaga Kit juga bila-bila masa sahaja anda boleh mengubah design website anda, nak tukar colour ker, nak letak blog ker, semuanya boleh. Malah pelanggan anda juga boleh membayar kepada anda terus jika mahu membeli barang, tidak perlu third party. Yang bestnya pelanggan boleh bayar secara tunai jika mereka menggunakan online transfer dengan bank-bank tempatan. Nak guna kad kredit pun boleh tapi dengan syarat anda perlu ada akaun paypal.

6. Pendek kata, Niaga Kit nie macam kedai baru yang anda beli, anda boleh hias dan renovate ikut cita rasa sendiri. Kalau pening-pening taktau nak customize, pakai sahaja template yang disediakan oleh developer Niaga Kit.

So, apa yang anda perlu buat sekarang?

1. Mula-mula anda layari website ini http://niagakit.com

2. Navigate dulu website tersebut, baca dan fahamkan secara steady. Take time to digest....

3. Jika perlukan penerangan lebih lanjut, hubungi sahaja no telefon dipenjuru atas kanan website tersebut. Yang angkat call anda bukan operator, bukan kerani, tetapi mereka yang develop sistem itu sendiri, jadi penerangannya memang lengkap. Nak chat dgn mereka secara real time pun boleh.  (Bila ada features macam nie, anda sendiri boleh tahu macam mana seriusnya mereka menjaga pelanggan).

4. Sebelum beli nak try demo dulu pun boleh, tengok di sidebar sebelah kiri ada gambar org buat thumbs up, cuba demo.  Isikan sahaja butiran yang diperlukan. Kalau setakat baca sahaja isi kandungan laman web mereka mungkin anda baru hanya dapat gambaran, kalau nak feel betul2, memang anda digalakkan untuk cuba demo niaga kit.

Sudah ada orang ker yang pakai sistem Niaga Kit nie? Ada... antaranya

1. Nak carik modem USB - www.3gxModem.com

2. Kartunis Ubi yang dulu bekerja dengan Majalah Ujang sekarang dah ada bisnes sendiri -  www.UbiShoppe.com

3. Nak beli minyak wangi - www.OneDroperfumes.info

4. Nak beli jersey - www.SoccerPitStop.com

Kalau anda tak percaya cuba tengok di bawah penjuru kanan setiap website di atas ada tulis Powered By Niaga Kit. Penjual-penjual barangan tersebut hanya sibuk menguruskan urusan dengan pelanggan mereka sahaja tanpa memikirkan untuk pening kepala  setup website.

Itu baru sebahagian sahaja, ada lagi beberapa pengguna internet di Malaysia yang telah menggunakan sistem Niaga Kit. Cepat bertindak! Nanti kalau dah ramai sangat yang ada kedai online, anda terpaksa bersaing dengan mereka.

Selamat menjual di sistem baru....